Latar Belakang A-7_Corsair_II

Dalam tahun 1962, Tentera Laut Amerika menjalankan kerja persediaan untuk menggantikan pesawat A-4 Skyhawk dengan sejenis pesawat yang mempunyai jarak tempur yang lebih jauh dan keupayaan membawa lebih banyak bom. Penekanan diberikan kepada keupayaan mengena sasaran dengan tepat untuk membolehkan kos per sasaran diminimumkan.

Untuk mengurangkan kos, cadangan dihadkan kepada reka bentuk sedia ada. Vought, Douglas Aircraft, Grumman, dan North American Aviation mengemukakan cadangan. Cadangan Vought berasaskan pesawat F-8 Crusader diterima sebagai pemenang pada 11 Februari [[1964] dan pada 19 Mac tahun tersebut. Vought menerima tempahan untuk penghantaran kumpulan pertama pesawat ini.

Pesawat A-7 Corsair mempunyai ketinggian 16 kaki dan panjangnya 46 kaki, sementara depan sayapnya adalah 38 kaki 9 inci dengan berat kosong 19,500 lbs dan berat maksimum 42,000 lbs. Pesawat ini didorong oleh sebuah enjin turbofan Pratt and Whitney TF30. Keupayaan mengenai sasaran dengan tepat dibolehkan dengan penggunaan sistem automatik dengan sistem pandu arah elektronik dan sistem pengeboman. Pesawat A-7 Corsair menjadi pesawat pengebom utama Tentera Laut Amerika menjelang penghujung Perang Vietnam. Pesawat A-7 Corsair menjalankan misi terakhir Perang Vietnam dengan serangan ke atas sasaran di Kemboja pada 15 Ogos [[1973]. Pesawat A-7 Corsair adalah antra pesawat tempur paling awal menggunakan sistem HUD, sistem pandu arah inertia dibendung Doppler (doppler-bounded inertial navigation system) dan enjin turbofan.

Juru terbang pesawat A-7 Corsair II memuji pesawat ini kerana mudah dikendalikan dan pandangan hadapan yang amat baik, tetapi mengeluhkan kekurangan kasau tujahan enjin. Ini diatasi dengan penggunaan enjin TF-30 yang ditingkatkan. Enjin turbofan membawa penjimatan penggunaan bahan api yang amat ketara berbanding enjin jet sebelumnya.

Pesawat A-7 Tentera Laut Amerika mula ditempatkan di medan Perang Vietnam dalam tahun 1967 di atas kapal induk USS Ranger (CVA-61) dan pertama kali membuat penerbangan tempur pada 4 Disember [[1967]. Pesawat A-7B yang ditambah baik memasuki perkhidmatan peringkat skuadron pada awal tahun 1969.